Ahad, Jun 02, 2013

Mengelak Pelaris

Macam2 cara nak lariskan perniagaan, ada di antaranya dengan cara yang betul, dan ada juga cara yang salah. Tetapi kebiasaannya yang menggunakan pelaris ni untuk memajukan perniagaan (wallahu'alam). 

Ni baru betul
Cara yang betul untuk pelaris adalah dengan cara Islam. Macam mana dengan cara Islam? adalah dengan doa pelaris, tapi tidak hanya berdoa, terdapat juga adalah alternatif lain seperti solat sunat dhuha, solat sunat hajat minta murahkan rezeki dan pelbagai lagi, Islamkan mempunyai pelbagai cara, yang penting mengikut syariat Islam dan meminta pada Allah SWT bukan membelakangkanNYA atau lebih tepat lagi mensyirikkanNYA.

Bagaimana dengan cara yang salah? menggunakan tangkal2, 'membela', menggunakan benda2 kotor dalam masakan seperti contoh masukkan seluar dalam atau baju dalam(bra) ke dalam makanan, meludah pada makanan sebelum menjual dan pelbagai lagi cara bagi melariskan perniagaan.

Macam mana nak tau sesuatu perniagaan tu ade pelaris yang salah atau tidak, macam ni caranya, sebelum masuk ke kedai tu bacalah 3 kali ayat kursi, pastu tiup sebanyak 7 kali ke arah kedai, tak perlu nak 'puh sana puh sini' macam bomoh tu, cukup tiup perlahan2 sampai habis nafas. Andai kata tiba2 ada angin menerpa kat muka kita, ada pelarisla tu, so carila kedai lain.

InsyaAllah berkesan

Selain tu boleh amalkan baca Al-fatihah, surah2 tiga Qul setiap hari.

Berdasarkan hadith :


قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


Macam ni kot rupa pelaris
Jadi janganlah mencari rezeki dengan cara yang salah, kelak merana badan, ingat mati!!!

p/s : salah satu cara nak melariskan perniagaan, buatla promosi beli satu percuma 5 ke, makan 1 dapat gula2 ke kan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan