Khamis, Jun 27, 2013

ITS ALL ABOUT 'SIKAP'

Bercakap pasal sampah, pasti akan terbayang satu bungkusan dalam plastik yang hendak dibuang atau barang tidak berguna, ia juga menimbulkan perasaan jijik, kotor, geli dan sebagainya. Tapi apa yang berlaku manusia2 yang tiada kesedaran sivik ni yang membuat perkara2 yang menjijikan.


sampah diselit dan terselit


puntung rokok yang bertaburan

tengok tu, padahal tong sampah sejengkal je


ni letak je, tolakla masuk dalam bro...


pantang ada tempat bersih, mesti ada sampah

Apa itu sivik? Mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, maksud sivik ialah ilmu tatarakyat. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang pelajar harus mengetahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan produktif.


try ikut camni
Jadi apa kena mengena sivik dengan sampah? setiap manusia perlu mempunyai ilmu sivik untuk mengetahui buruk baiknya dalam melakukan sesuatu, contohnya 'salah jika membuang sampah merata2, dan akan menimbulkan masalah kelak'. Apa masalahnya? masalah akan menimbulkan penyakit, udara yang tak segar untuk dihirup dan mungkin juga membuatkan kita rasa tak selesa, itu sume atas sikap dan kesedaran sivik yang perlu ada dalam diri sendiri.


haaa...ni baru betul

Manusia yang terpelajar, tidak kiralah belajar setakat darjah satu sekalipun tidak akan membuang sampah merata2, kerana tiada siapa pun yang mengajar membuang sampah di luar tong sampah. Jadi jika seseorang itu membuang sampah merata2 tanpa memasukkan sampah ke dalam tong sampah, ia boleh dikategorikan sebagai "pengotor".


sampai camni sekali


p/s : kita yang hidup di dunia sekarang hanya meminjam dunia ini daripada generasi masa hadapan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan