Isnin, Disember 31, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...1stly nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013, semoga tahun ini akan membawa kita ke arah satu perubahan tidak kira sama ada di luar atau di dalam diri semua, tahun ini juga mengharapkan sesuatu yang amat bermakna iaitu pekerjaan, lebih-lebih lagi pekerjaan di dalam sektor awam kerana kata orang menjamin masa depan, harap dapatlah hendaknya amin. 

Harapan saya juga untuk tahun ini adalah bangsa melayu bersatu demi agama Islam, jangan jadikan fahaman politik sebagai batu penghalang untuk bersatu demi Islam. Para pemimpin haruslah ingat parti itu tidak menjamin syurga tetapi Islam itu yang menjamin akannya (syurga).

Selamat tahun baru

Kepada yang pandai akan ilmu agama bimbinglah kepada mereka yang dikatakan jahil, kepada yang jahil belajarlah daripada yang pandai agar sama-sama masuk ke syurga insyaAllah, sampaikanlah ilmu Allah selagi belum sampainya (kiamat). Tolak ketepi fahaman politik, disebabkan politiklah kita berpecah, disebabkan politiklah kita berpuak, disebabkan politiklah kita putus saudara, dan disebabkan politiklah kita mendapat dosa.

Bagi saya anggaplah politik itu seperti permainan dunia, sesiapa yang terpilih dialah yang memimpin dan yang memimpin hendaklah adil, bertanggungjawab, dan saksama. Berilah peluang pada pemimpin yang dipilih dan jika tidak berpuashati maka pilihla orang lain yang dirasakan sesuai untuk memimpin.

Jangan sesekali menikam dari belakang, bertalam dua muka, atau membaling batu lalu menyembunyikan tangan, itu semua dosa yang percuma akan bakal diperolehi.

 Nasihat saya jika berpolitik jangan sesekali menyentuh bab-bab agama kerana ia akan menjadikan orang yang jahil terkeliru akan fakta-fakta yang dikeluarkan, Carilah tempat-tempat yang sesuai seperti slot rancangan televisyen tentang keagamaan, ceramah mingguan di masjid ataupun surau dan banyak lagi medium yang boleh digunakan bukan di medan politik.

Semoga Allah membuka hati-hati pemimpin negaraku untuk bersatu demi Allah dan agama Islam.

p/s : berpolitik pulaaaaaaakkkk....

Rabu, Disember 12, 2012

KUIH BAKAR MELAKA


Kuih Bakar

Bentuknya sama tetapi rasa berbeza. Ada yang hasilnya seperti bengkang atau bingka dan ada pula seperti bahulu. Walaupun kelihatan sama, tekstur dan rasa tentu saja berbeza kerana ada yang ditambah santan, ada pula sekadar adunan asas iaitu telur, gula dan tepung.

Entah mengapa masing-masing sangat popular dengan acuan yang sama iaitu acuan berbunga-bunga seperti kemboja. Ada yang pukul rata, memanggil semuanya sebagai bahulu kemboja walaupun apabila dirasa ia sebenarnya bingka. Seperti yang diketahui,ada tiga atau empat jenis rasa yang berbeza. Antaranya ada yang berwarna hijau, coklat muda dan ada yang ditambah bijan di atasnya.

Tempat Memasak Kuih Bakar
Acuan dan Tempat Letak

Kadang-kadang, selagi belum makan kita sukar meneka jenis kuih itu, sama ada ia bahulu bakar, bahulu kemboja, kuih bakar atau bingka tepung. Memang mengelirukan, tambahan pula nama kuih berbentuk bunga ini sering mempunyai panggilan berbeza di setiap negeri walaupun berkongsi resipi hampir sama. Jadi, namanya bercampur-baur sebaik menjumpainya di Kuala Lumpur.

Siti Normah Ahmad, 56, pengusaha kuih bakar secara tradisional di Kampung Kuala Ina, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka, menjelaskan pada penulis mengenai perbezaan kuih bakar dan kuih bahulu kemboja. “Rasanya tidak sama. Kuih bakar kami sendiri ada campuran rempah jadi tentu saja ada kelainan rasa di samping resipi utamanya seperti telur, santan, gula dan tepung,” katanya.

Tarikan istimewa rasa rempah pada kuih bakar Siti Normah menyebabkan dia mempunyai ramai pelanggan setia. Ada yang datang serata Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor dan Sabah. Ada yang membeli untuk gerai mereka, ada juga kerana mahu mengadakan majlis seperti kenduri dan perkahwinan.

Siti Normah sudah mengusahakan kuih bakar sejak 1976 dengan resipi turun temurun daripada nenek dan kemudian diwarisi ibunya. Hanya dia seorang saja berminat mengikut jejak langkah arwah ibunya dan ia terus menjadi minat yang mendalam. “Sebabnya dari kecil lagi saya melihat emak membuat kuih bakar ini dan selalu membantunya. Dari situ timbul minat untuk meneruskan perniagaan ini menggunakan resipi turun temurun nenek bersama suami.

“Setiap kali, kami membancuh seperiuk adunan yang banyaknya 10 gantang. Jumlah itu akan berganda sekiranya musim cuti sekolah dan perayaan. Satu periuk menghasilkan kira-kira 500 biji kuih bakar,” beritahu Siti Normah, anak ke-10 daripada 14 adik beradik.

Tambahnya, adunan dibancuh sebelah malam dan sebelah siang baru dibakar bagi menghasilkan kuih yang sebati dan sedap rasanya.  Istimewanya, Siti Normah masih lagi menggunakan kaedah tradisional dapur kayu bagi membakar kuihnya. Ketuhar yang direka oleh suaminya sejak 30 tahun lalu itu tampak begitu praktikal dan mudah dikendalikan. 

Pada masa sama, ia menghasilkan kuih yang sempurna masaknya kerana ia mempunyai ruang pembakar atas dan bawah sesuai bagi memasak kuih bakar. Ketuhar itu boleh membakar 20 biji kuih setiap kali. “Kuih masak dalam masa 10 minit saja. Kaedah tradisional ini saya kekalkan kerana ia menghasilkan kuih yang lebih wangi dan enak walaupun caranya agak sukar dan perlu sentiasa mendapat stok kayu getah sebagai kayu api. Hendak dapatkan kayu pula bukanlah senang dan jumlah yang digunakan juga banyak. 

“Kayu api ini perlukan tiga lori dua tan bagi penggunaan pembakaran kuih tiga hingga empat hari saja,” katanya. Membakar kuih bakar perlu mempunyai jumlah kayu bakar yang sama banyak di sebelah atas dan bawah supaya kepanasan sama rata. Jadi Siti Normah dan pembantunya yang juga sepupunya, Kamariah Ibrahim, 62, sudah arif benar dalam hal penjagaan dapur mereka. 

Mula membakar dari jam 6.30 pagi hingga 5 petang, waktu bekerja mereka bertambah sehingga ke malam sekiranya musim cuti sekolah dan perayaan. Sebelum memperbesarkan perniagaan dan mempunyai ketuhar khas, Siti Normah terlebih dulu membuat kuih bakar secara kecil-kecilan di belakang rumahnya saja.

“Waktu itu menggunakan tong saja sebagai tempat membakar. Sekali bakar hanya dapat enam biji kuih dan dulu, tempahan tidak sebanyak sekarang,” katanya. Kata ibu tiga anak lelaki ini, kuih bakar selain selalu dijadikan hadiah hantaran juga amat popular dijadikan hadiah kepada tetamu yang datang ke kenduri-kendara. 

“Kalau mahu dijadikan hantaran, kami tambah lebih kurang lima biji hiasan ceri merah dan hijau di atasnya,” katanya. Tentu saja kuih bakar Siti Normah lebih berseri setelah ada tambahan ceri. 
Perniagaan Normah dan suami tampak santai kerana ia dilakukan di kawasan rumah mereka sendiri yang luas, redup dan nyaman.

Mereka merancang waktu kerja dan cuti sebaik mungkin supaya kehidupan seharian bukan hanya mementingkan perniagaan tetapi juga dapat melakukan aktiviti biasa.

Kuih Bakar yang Telah Siap


p/s : kuih ni sedap tau dah rase sendiri maklumlah dekat je dengan umah jalan kaki je...

Isnin, Disember 10, 2012

HUTAN AOKIGAHARA YANG MENYERAMKAN


Di sebalik keindahan Gunung Fuji, Jepun yang dilihat dari jauh, ada cerita tentang hutan di situ, hutan yang diberi nama 'Hutan Aokigahara'...

Gunung Fuji


Gunung Fuji merupakan salah satu tempat pengembaraan yang sangat terkenal di Jepun. Pelbagai keindahan alam yang disajikan, sangatlah wajar jika para pengembara yang datang ke Jepun ingin mengunjungi gunung tersebut.

Namun ternyata di Gunung Fuji terdapat pula satu lokasi yang juga menjadi perbincangan banyak orang, iaitu hutan Aokigahara. Aokigahara adalah hutan yang memiliki keindahan dan ketenangannya tersendiri.

Untuk memasuki kawasan ini, Anda harus menyeberang melalui semak pohon, melewati akar-akar pohon dan batu. Dari situ Anda bisa mendapatkan akses untuk melihat Gunung Fuji dari sudut yang menakjubkan dan menjelajahi gua-gua ais yang tersembunyi.

Pintu Masuk Hutan 
Tapi siapa yang menyangka di sebalik keindahan dan ketenangan itu semua, hutan ini memiliki ceritanya sendiri. Terselubung dalam kegelapan dan keheningan yang luar biasa menjadikan tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk bersendirian dan refleksi,dengan lebih tepat lagi untuk mati. Menurut data pemerintahan setempat, paling sedikit 100 orang yang membunuh diri di sini setiap tahun.

Hutan Aokigahara selalu dikaitkan dengan mitos dan legenda yang mengerikan, serta dipercayai orang jepun akan membuang orang tua mereka yang telah lanjut usia di daerah pegunungan. Hal ini dilakukan kerana mereka terlalu miskin untuk menyara kehidupan orang tua mereka. Cerita ini adalah cerita kuno dan mungkin mereka tidak lagi melakukan perkara sebegitu.



Selain kisah tragis tersebut, cerita tentang syaitan, iblis, jin dan hantu yang bergentayangan juga tersebar luas di hutan ini. Sebutan Aokigahara sebagai ‘Hutan Bunuh Diri’ semakin menjadi-jadi ketika pengembara telah menjumpai mayat membusuk di hutan ini pada tahun 1950. Dan sejak awal 1970, pasukan polis setempat yang dibantu oleh sejumlah sukarelawan dan wartawan sering menjelajahi daerah tersebut untuk mencari mayat.

Dipercayai juga bahawa kecenderungan untuk bunuh diri di daerah hutan ini berasal dari, novel tahun 1960 karya Seicho Matsumoto yang berjudul Nami no Tō (Tower of Waves)dimana sepasang kekasih mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri di hutan Aokigahara.


Tingkat kematian menunjukkan peningkatan yang signifikan setiap tahun dan mencapai puncaknya pada tahun 2004 ketika 108 orang melakukan bunuh diri di hutan ini. Dan pada tahun 2010, ada sekitar 247 orang yang mencuba untuk bunuh diri di hutan ini. Meskipun hanya 54 yang berhasil, namun menjadi hal yang umum jika menemukan jasad yang tergantung di hutan ini.


Keadaan di dalam hutan

Saat ini, Aokigahara menjadi tempat bunuh diri paling popular kedua di dunia setelah Jambatan Golden Gate. Pihak berwajib juga telah menempatkan tanda peringatan yang bertuliskan, Dilarang Masuk dan tulisan lain di pintu masuk hutan “Pikirkan baik-baik tentang anak-anak Anda dan keluarga Anda”.

p/s : Nak tengok keadaan dalam hutan ni, carilah "Hutan Aokigahara", mengerikan...

Isnin, Februari 13, 2012

selama 17 tahun belajar akhirnya tibalah masa utk aku cri pekerjaan. 1 tahun di sekolah tadika padang sebang, 6 tahun di sk padang sebang, 5 tahun di smk sultan mansor shah, 3 tahun di uitm kelantan dan 2 tahun di uitm malaysia shah alam.dalam byk2 tahun yang aku belajar,aku sukekan dunia kanak2,sekolah tadika...best sgt2 hahahaha....aku pun lom decide nk keje ape...jd artis lg best kot hahahah...ape pun doakan aku mndpt pkrjaan k...