Isnin, Mei 06, 2013

PRU 13 Berakhir


jom mengundi pru 14 plak
Sebagaimana yang kita tahu PRU yang ke 13 sudah pun tamat, dan keputusan dan mandat terus diberikan kepada parti Barisan Nasional(BN), rakyat Malaysia yang mengundi untuk BN mengharapkan janji2 yang telah dikeluarkan oleh pihak BN sendiri, tapi yang mengundi Pakatan Rakyat(PR) pun boleh menagih janji2 yang telah dibuat juga.

Penggunaan dakwat kekal dicalit pada jari telunjuk sebelah kiri

Walaupun BN diberi mandat dan telah menang, tp byk juga kerusi2 yang hilang di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tapi tidak di Kedah, rakyat kembali memilih BN memerintah mungkin disebabkan Datuk Seri Mukhriz iaitu anak kepada Tun Dr Mahathir yang akan menjadi Menteri Besar apabila BN menang di Kedah.

Ku pilih Malaysia

Dapat kita saksikan juga Perlis,Sabah & Sarawak menjadi kubu kuat BN. Johor Darul Takzim yang dikatakan kubu kuat BN mula dikelihatan goyah kerana hilang beberapa kerusi terutama di kerusi panas Gelang Patah yang menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 memihak kepada Lim Kit Siang mewakili DAP melawan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman (BN) yang kalah mengejut kerana sebelum ni kawasan tersebut dimenangi oleh BN.

Kreatif dari BN

Kreatif dari PAS
Selain itu, di Melaka Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam tewas di Parlimen Bukit Katil bertebungkan dgn calon PR, ia dikira mengejutkan juga kerana Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah membawa Melaka kearah kemajuan dan pelbagai sumbangan yang diberi untuk negeri Melaka, tapi malangnya tidak berjaya dalam merebut kerusi Parlimen Bukit Katil.

Harap bersatulah untuk Islam dan Melayu

Saya sokong 100%
Walau siapa pun yang menang dan diberi mandat untuk mentadbir negara, harapnya tadbirlah sebaik2 tadbir, jadilah pemimpin sebaik2 pemimpin, tunaikanlah janji2 yang telah ditaburkan agar akan terus diberi kepercayaan untuk mentadbir negara Malaysia yang tercinta ini.

Jika diizinkan Allah bersatulah bangsa Melayu di bumi Malaysia ini untuk terus melihat orang Melayu yang beragama Islam terus mentadbir negara ini, jangan doakan keburukan orang takut doa yang buruk akan terkena pada diri sendiri, jadi berhati2lah dalam berdoa.


p/s : agaknye Tok Najib letih tunggu keputusan sampai lupa nak umum cuti peristiwa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan