Khamis, Mei 09, 2013

Kesian Nenas/Nanas

Kenapa nak kesian???sebab kebanyakan orang perempuan tak suka makan nenas terutama kawan2 aku, sampaikan gula2 berperisa nenas pun diorang tak makan, kesiankan nenas. Aku???aku suka tapi aku tak suka kalau tak buang mata (ada orang panggil hidung), sebabnya rase cam tak selesa kalau makan cam gatal2 plak lelangit nanti.

paceri nenas yang sedap
Buah nenas ni sedap kalau makan dengan kicap tambah cili potong atau serbuk asam macam makan jambu batu tu. Sebenarnye banyak yang kita boleh buat dengan nenas ni, antaranya paceri nenas, gula2, kuih tart, jem untuk sapu kat roti dan macam2 lagila.

pokok nenas camni ye
Untuk pengetahuan korang, nenas juga ada dijual di dalam tin, yang tu sedap juga, aku da rase.

Kebanyakan orang mengatakan nenas tu tajam, tak elok untuk perempuan, ye ke???ade pisau atau jarum ke kat nenas tu???ok bace fakta ni...
spongebob yang selesa tinggal dalam nenas
- Usah takut untuk menikmati buah-buahan seperti nanas,mentimun dan betik yang sering kali dikatakan tidak baik untuk kesihatan organ intim wanita. Sebenarnya,larangan tersebut lebih tertumpu pada mitos.Kenyataannya, bahan-bahan tersebut mengandungi gizi yang baik, terutamanya bagi wanita. Jadi, jangan ragu untuk menikmatinya.


ni la buah yang ade mahkota
-  Nanas mengandungi asid ‘oxalic’. Jika nanas dimakan tanpa dibersihkan terlebih dahulu, ia boleh menimbulkan rasa gatal bagi yang memakannya. Rasa gatal tersebut terjadi di bahagian luar tubuh, seperti permukaan kulit, atau di dalam tubuh, seperti di bahagian dalam organ wanita. Jadi, sebaiknya nanas dibersihkan dengan garam terlebih dahulu supaya kandungan asid ‘oxalic’nya hilang.

-  Nanas adalah sumber vitamin C dan vitamin A yang merupakan antioksida bagi tubuh. Selain itu, karotena dalam nanas berguna untuk mempertahankan kesihatan kulit.

Tapi....

terliur tengok biskut tart
- Buah nanas yang masih muda dikatakan berbahaya bagi ibu yang mengandung di awal bulan kehamilan. Memakan buah nanas muda boleh menyebabkan keguguran pada awal bulan kehamilan, jd jgn ambil risiko memakan buah nanas muda jika dalam keadaan hamil. 

nenas dalam tin

Jadi tak payahla nak ragu2 makan nenas cuma makan tu kenalah beringat, kalau boleh elakkan makan nenas muda, kalau nak tunjuk hebat macam ni, "aku makan nenas muda ok jer, hidup sampai sekarang", makanlah banyak2, sakit tanggungla sendiri, dan yang penting kena bersihkan dulu sebersih2nya macam yang telah di ajar gunakan garam.

Kesian nenas/nanas.


p/s : buah mangga muda paling best....


1 ulasan:

  1. Singgah promote Alat Buang Duri Nenas'.

    Pasni kalau nak makan nenas, tak perlu risau lagi pasal duri-duri tu

    BalasPadam