Isnin, Disember 31, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...1stly nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013, semoga tahun ini akan membawa kita ke arah satu perubahan tidak kira sama ada di luar atau di dalam diri semua, tahun ini juga mengharapkan sesuatu yang amat bermakna iaitu pekerjaan, lebih-lebih lagi pekerjaan di dalam sektor awam kerana kata orang menjamin masa depan, harap dapatlah hendaknya amin. 

Harapan saya juga untuk tahun ini adalah bangsa melayu bersatu demi agama Islam, jangan jadikan fahaman politik sebagai batu penghalang untuk bersatu demi Islam. Para pemimpin haruslah ingat parti itu tidak menjamin syurga tetapi Islam itu yang menjamin akannya (syurga).

Selamat tahun baru

Kepada yang pandai akan ilmu agama bimbinglah kepada mereka yang dikatakan jahil, kepada yang jahil belajarlah daripada yang pandai agar sama-sama masuk ke syurga insyaAllah, sampaikanlah ilmu Allah selagi belum sampainya (kiamat). Tolak ketepi fahaman politik, disebabkan politiklah kita berpecah, disebabkan politiklah kita berpuak, disebabkan politiklah kita putus saudara, dan disebabkan politiklah kita mendapat dosa.

Bagi saya anggaplah politik itu seperti permainan dunia, sesiapa yang terpilih dialah yang memimpin dan yang memimpin hendaklah adil, bertanggungjawab, dan saksama. Berilah peluang pada pemimpin yang dipilih dan jika tidak berpuashati maka pilihla orang lain yang dirasakan sesuai untuk memimpin.

Jangan sesekali menikam dari belakang, bertalam dua muka, atau membaling batu lalu menyembunyikan tangan, itu semua dosa yang percuma akan bakal diperolehi.

 Nasihat saya jika berpolitik jangan sesekali menyentuh bab-bab agama kerana ia akan menjadikan orang yang jahil terkeliru akan fakta-fakta yang dikeluarkan, Carilah tempat-tempat yang sesuai seperti slot rancangan televisyen tentang keagamaan, ceramah mingguan di masjid ataupun surau dan banyak lagi medium yang boleh digunakan bukan di medan politik.

Semoga Allah membuka hati-hati pemimpin negaraku untuk bersatu demi Allah dan agama Islam.

p/s : berpolitik pulaaaaaaakkkk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan